Rayuan SRC | Mahkamah Persekutuan tolak permohonan tangguh rayuan

2022-09-21 0

Cubaan pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan perbicaraan berhubung rayuan akhir SRC International Sdn Bhd, sekali lagi menemui jalan buntu, apabila ia ditolak Mahkamah Persekutuan.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima hakim dalam menolak permohonan itu mengarahkan pihak pembelaan meneruskan rayuan utama mereka pada Khamis.